Baju kelabu.


"Korang nak makan mana?" kata aku sambil pandang N dan Y, classmates, kemudian berpaling pula ke abang yang sedang tebar roti canai di cafe depan mata.

Sememangnya niat di hati kepingin mahu roti canai yang kuah memang win gila tu. Tapi since i am on diet so, so long roti canai!

"Nak pergi ifc lah nak makan nasi kukus" kata Y.

Aku dengan N okay je.

Gerak.

Barusan menapak beberapa langkah dari cafe,
"Eh bro. Tiba tiba ada sebelah haha" kata N sambil salam dia  yang muncul jalan seiringan sebelah N.

"Baru je. hehe. Hi :)" kata dia.

Y pusing untuk melihat gerangan dia. Melahirkan muka toya. Dan pusing depan kembali.

"Eh pandang pulak. haha" kata dia sambil pandang N.

"Haa tulah. Ada mata dekat belakang kepala dia tu. haha" gelak N.

Aku turut gelak sambil pandang dia. Kemudian pusing kembali. Segan. Dalam hati 'handsome. sama tinggi. tough. kemaja merah'

Beberapa saat otak bekerja, suddenly i was like, mamat ni nak ngorat Y ke? Seriously? Dan N relax je?! What theeeee

Aku pandang N penuh makna. Senyum penuh makna. N angkat kening maksud kenapa? Aku geleng kepala. Dalam hati 'Mamat tu nak ngorat gf kau bro'. Dan harapan dia nak paham.

Saat berpecah arah dengan dia,

"Okay bro, bye" kata dia sambil salam N.

"Bye baju kelabu" dalam nada yang pelahan sambil lalu belakang aku.

Aku dengar N gelak. Aku lagak biasa pandang depan.

Otak aku masih mencerna kata kata dia.

Aku pandang N. Biasa. No expression.

Aku pandang Y yang dah jauh beberapa tapak ke depan. Lapar benar lagaknya.

Dalam hati , 'Y pakai baju purple, tudung hitam, seluar cekelet pekat. It means no baju kelabu'

Aku tunduk ingin  melihat ...