Tuduhan.


"...Alaaa apa ni?! Asal fy taktau apa apa pun hmm"

"Eleh kiteorang pun taktau apa apa pasal fy kannn. Yelah... gambar whatsapp dengan lelaki, boyfriend lettew pastu tiba tiba je tukar number kan hahaha"

"..."













You know what, it is too soon to jump to conclusions!!

Or mind your own business 

Please

Mimpi orang


"Weh fy aku mimpi kau lepas jumpa kau malam semalam" 

"Yeke? Mimpi apa?"

"Aku mimpi kau kawin. Kau pakai baju kawin warna hijau sebelah kau ada dulang ..."

"Wait, what?! Asal warna hijau weh hahaha"

"Haha aku taktau. Tapi dalam mimpi tu aku rasa sedih kau nak kawin. Aku taktau kenapa."



Hati, kosong.


Hati orang aku peluk

Aku belai

Aku tatang

Aku timang






Hati aku? 

?????

Kau judge orang cepat sangat sampai jadi fitnah


Yesterday ive shared an entry title 'Telan Penghinaan'

Which i wrote about dari sisi seorang penghina 

And i was totally wrong about that person! 

So sorry. 

Seriously, emosi nak mampus seorang fify ni

Ergh

Delete delete deleteeeeee! 


#BoomersRoadTrip


"Thanks korang utk trip ni"

"Kau happy tak fy?"

"Happy sangat"


Tiap detik , aku ber terima kasih dkt korang sbb buat aku "hidup" semula. 

You know who you are :) 



ps : 
second trip >> pd
third trip >> penang

???


"Fy , kenapa tanak ikut kiteorang pergi trip jb? Kita dah plan lama dah"

"Tahu..... Tapi nak buat mcmana...."

"Tapi kenapa???"

"..."

"Okay , kalau trip taknak pergi , takpe. Skrg aku nak tau kau tu kenapa? Menghilang mcmtu jeee"

"..."








Bukan aku tak punya perasaan saat buat keputusan utk "buang" semua nya.

Lebih parah dari yg kau sangka.

Tanda tanya menjadi tanda tanya

Biarlah, aku senang begitu.


Formula seorang hipokrit


Secara zahir nya, kau perlu senyuman palsu, ketawa yang hipokrit dan berpura-pura gembira.

Disebabkan berkait mati dengan ayat "takde siapa kesah dengan hidup sedih kau"

Segala dugaan, kau survive.



Shame


I just realise that my birthday is coming up in 2 weeks from today

And i just want to wish happy birthday in advanced to myself 

Pretty lame -- wishing happy birthday just liddat

No caps lock, no emotions, no applause,

Nothing

But whatever.

I'm almost twenty and next year which in a months I'll be twenty-one

The question is, what is something about being Afifah Muhidzir that can be proud of? 

The honest answer is, none.

Shame.


Lari


Aku tak cukup kuat untuk berdepan dengan sesiapa

Aku tahu, lambat laun aku akan hadap jugak

Tapi biarlah

Selagi aku masih boleh berlari aku akan

Lari.

Nyata rebah


Saat kau jatuh 

Tiada yang mahu beri dorongan

Tiada muka yang berpaling ke arah kau

Jauh sekali menegur.

Hanya layak ...

Merintih seorang.

#Hujan10Tahun


Everyone having fun 

Even tho we had to stand almost 4 hours!

I barely feel my feet tautak

It was such a cool amazing rock and roll performance

And of course worth it!

Balik rumah melepet , penat haha! 

Love you, Hujan

Andand looking forward for showcase Noh Salleh pulak (hopefully!)



When bff got gf -scene2


Yesterday i got a text from my bestfriend (guy) asked me to hangout 

So I think oh yeah lama dah tak jumpa almost 3 years so why nawttt

But wait !!

"Sorry I don't think i could make it"

"Alaaa kenapa fy? Kau kawan baik aku kot. Pleaseee jadi. Aku excited nak jumpa kau"

"Sbb kita berdua je"

Erghh seriously dude don't you get it?!

You got a girlfriend and now you wanna hangout with me while your girlfriend don't even know that I'm exist?! 

Screw you!!!


Nak tanya ...


"Nak tanya ni,
Malu jugak actually nak tanya
Tapi takpa la dok jauh kan
Ahaks"

"Ok habaq mai apa soalan dia"

"Sepanjang dari kmpp sampai skrg kan
Ada orang pernah try fify tak?"

"Amende ni A"

"Actually nak tanya dah ada bf ke belum
Hahaha"


05102015


I can't find you 

Melayu, aku malu.


Kadang kadang aku benci jadi Melayu. Sungguh aku katakan, apa yang perlu di bangga kan? Apa dikalangan Melayu paling kaya di Malaysia? Apa di antara Melayu juga yang paling pandai? Melayu hanya tahu menjelak, mencerca, mencemuh sesama mereka. Google sahaja apa perbuatan terkutuk, pasti datang nya dari Melayu.

Malu.

Jadi, apa yang tinggal untuk di bangga kan? Agama? heh. Budi bahasa? Apatah lagi. 

Malu.

Kau kata kaum Cina dan India tidak bersyukur di terima di Malaysia, Tapi kau yang seharusnya bersujud syukur, jika tidak dahulu Tunku Abdul Rahman mewasiatkan Menteri harus Melayu. Sekiranya tidak? Sudah kau bayangkan rakyat Melayu bergelempangan di jalanan di hina bagai anjing oleh kaum lain?

Malu.

Lihat saja Singapura. Negara sekecil semut api. Tapi pesat membangun. Siapa yang memimpin? Bahasa pengantara apa yang di gunakan? Bagaimana ekonomi negara? Sudah lupa asalnya negara itu berkembang dengan rakyat Melayu?

Malu.
Fuh.

Terbentang sudah Melayu tidak punya apa apa yang perlu di banggakan. Tapi kenapa masih bodoh!!! Bodoh buat rusuhan baju merah baju kuning pemimpin macam haram jadah semuanya tu?!

Malaysia tenat. 
Sudah lah, 
Sudah lah jadi buta 
Sudah cukup sudah
Sudah lah jadi bangang.

...











P/S : Tbh, entri ini sangat random. Aku bukan jenis manusia yang ambil kesah tentang hal politik mahupun apa apa hal negara tapi ini ruangan aku memuntahkan rasa hati aku. 


Wujudnya benda benda random mcmni semua bila aku serabut. Dialogue version. (Part 2)


"Aku maybe balik minggu ni nanti minggu depan raya haji aku tak balik"
"Kepala hutak kau raya tak balik. Its raya kot fy!"
"Hmm yelah..."

                          *************

"Afy, afy dah kurus lah ibu tengok"
"Eh yeke bu?! Berapa berat afy turun?"
"Belas belas jugak"

Mimpi. 

                         **************

"...I kan memang suka orang layan I bercerita. Macam fify roomate I tu, I cerita apa apa pun dia layan je..."

                         **************

"H, hm rindu you lah"
"Rindu awak jugak lah fy. Sihat tak?"
"Sihat je makin mengembang hehe. Eh tautak F dah ada gf?"
"Omg seriouslah! Dengan siapa?!"
"Ish taktau ke?"
"Tak!! Ni nk marah ni. Bilaaaa?"
"Lama dah. Hm dah takde tempat dah nk mengada ngada. Dengan you jelah I boleh mengada hehe"
"Yeke? Ala aku pun dah tak boleh mengada dgn dia lah ni"
"Haha kan. You know what , blablabla"
"Ohhh. Well, kau bila pulak fy? Tunggu bila lagi"
"Me? Hahahahahahahaha never"

                         *************

"Eh fy bukak specs muka sebijik mcm kakak fy lah"
"Haha dulu orang selalu kata kiteorang twins"

*pakai specs*

"Haaa pakai specs dah jadi fify balik"

                          ************

"Legen ... wait for it ... dary!"

HIMYM. 

                            ***********

"...ok, study."
"Tu je? Duit takdak? Hehehe"
"Baru bank in. 18 hari. Abah bank in 25.8.15"

                           ***********

"Babe jom dinner sama. Kita sem ni tak pernah lagi lepak makan sesama"
"Haa boleh. Eh fy tak tak bolehlah. Weekend jea"
"Oh. Okay."


Mujeres


Perempuan ni kadang kadang ada sifat, benci/menyampah Kau for no reason 

Bila Kau buat benda baik pun dia kata jahat

Orang lain kata Kau cun je style je tapi dia kata Kau huduh pakaian kampung

Kadang kadang act Kau pun jadi big deal dkt dia. Muka cun tapi makan pakai tangan , tak standard pe 

Everything. 

Plus, kalau Kau pun dia tak suka maka whole family, relay, friends or enemies Kau pun dia tak suka

Nak lagi "Kau" adalah perempuan.

Honestly, i admit i got this "sifat" either.

Nak sembuh sumpah makan tahun, perlu kegigihan yang jitu lagi utuh

And probably "sifat" ni boleh membiak menjadi darah daging Kau






Well ... Bahaya kan? 




Makin jauh


We used to talk.

Its hurt to remember how close we were back then.


When bff got gf



Bila kau ada best friend lelaki and then one day he got girlfriend

And benda patut kau buat, bla.

Please jangan tanya khabar

Please jangan call

Please jangan tanya tempat makan mana best

Please lah 

Please jadi stranger.


Teringat

Teringat dekat kau.

Aku senyum.

Meleret. 


'Kau fikir kan kau boleh , kau boleh melakukan ... '

Peluh merembes laju keluar

Ah penat gila! 

Nampaknya hari kedua agak cemerlang

Potensi untuk ke tahap seribu juga secerah langit siang

Aku yakin kali ini. Yeh!!!












Arghh berangan! Penat tau tak exercise!!!! Erghhh this fuckin' fat please go away lahhhh 

Quotes of the day


"Everyday betulkan niat kau nak pergi class. Pergi class sebab nak belajar lillahi ta'ala


...


Who know kau syahid in the middle of the road..."

Source : Twitter 

Si artis


Tiada tempat yang lagi aku senang kecuali hanya ini

Beberapa minit yang lepas, aku di katakan telah meng "attack" seorang manusia yang berpangkat artis yang di puja puja

Mulanya aku hanya tweet "baru lepas tgk video N.O ckp korea and i was like eww poyo" 

Mungkin ya, salah aku. Too loud. 

Dan sepantas kilat si artis mengambil gambar profile twitter aku dan post beserta caption "cantik kan dia? Moga hatinya pun cantik"

Bagi aku, kelakar.

Mungkin motifnya supaya peminat dia menghentam aku bertubi tubi

Tapi mungkin juga dia memang mahu memuji aku. Hahahaha kbye.

Sesaat cuma aku rasa marah selebihnya bergelak tawa bersama roomate

But its okay. Made my night i think bcs its been such a stressful week! Ergh

Alright, im done fellas









Kepada sang artis : 

I dont know what your motif yang sebenarnya post my gambar mcm tu. Bukan nak act innocent but, look, it shows how tak matured nya you handle your fans. Anyway, you made my night thanks!


Mainan tidur


Semalam aku mimpi adik aku patahkan ukulele aku

Dalam mimpi tu aku sedih sangat sampai menangis 

Bangun je dari tidur rasa pipi dah basah dan dengan cemas nya segera aku pergi tengok ukulele aku kalau kalau masih elok.

Petanda buruk apakah?

Argh mainan tidur.



Kuih ghaye


Selesai sudah baking 6 tray 3 bancuhan 1 jenis kuih raya pada jam segini

Seminggu baru raya tapi sudah topup kuih raya

Bukan merungut tapi takut. 

Banyak sangat jin mengunyah dalam rumah ni 

Atau mungkin tetamu yg datang tu ada bela saka suka-kuih-raya

Hm mungkin juga.

Takpelah, maaf zahir batin kepada semua.

Adios.



Maaf. Bila hari raya je. Boleh?


Boleh. Bagi yg jahil macam aku.

Tapi ...

Setiap kali aku akan berdoa agar tak ada yang aku sakiti hatinya,

Melalui petah bicara dan tingkah laku aku,

Bersungguh sungguh.

Semoga Allah perkenankan doa hambaNya yang kejap ingat kejap lupa Dia ni. 

Harapnya. 

Maaf zahir batin. Seikhlas mungkin untuk pembaca ruangan ini. Sekian. 

Quick update!


Well last week was extremely tough and exhausted !! Seriously mau mati ooo

But then, this week bermalas malasan di rumah pada siang hari dan baking kuih raya pada malam hari. Repeat until raya i guess. Blergh

But it was fine tho. 

Nothing much to share actually

Oh. Oh. I think i just too excited for this rayaaaaaa, idk why hehe

So just an advice, to drive safe everyone! Minggu ni je banyak sangat dah dengar orang meninggal masa excident, innalillah, alfatihah. 

Later! Xoxo


Mimpi


Aku harap aku dapat tidur lena

Lena sehingga di ulik mimpi indah

Mimpi yang membuat aku keluar sebentar dari dunia ini

Kemana saja pun aku tak kesah, asal kan bukan di sini.

Keluar dari kepenatan yang tak sudah!!

Aku mahu biar masa yang mengejar aku!

Aku mahu jiwa dan fikiran aku tenang!

Aku mahu bermimpi sekarang! 

Realitinya, tak boleh.

Kejam bukan?

Well, welcome to my exhausted life bij


Taubat.


'Yaya (nama main pakai taruk suka hati aku lah), cane kalau kita buat solat taubat tapi lepastu kita buat lagi?' dengan muka blur aku tanya roomate aku.

'Taubat lagi. Thats why pintu taubat sentiasa Allah bukak' dan dengan tenang dia jawab sambil tangan lincah lipat kain.

'Tapi, macam sia sia jelah taubat lepastu buat balik salah tu, macam munafik je' aku bidas.

'Allah bagi kita peluang untuk taubat sebab Dia tau kita akan buat dosa lagi hari esok ataupun lepas dari solat taubat tu. So, Dia sentiasa maafkan'

'Tapi still lah sia sia je' respon aku suruh dia explain lagi.

'Dia macam kita basuh baju, kotor tu kita amik masa nak basuh. Kenkadang bukan boleh basuh dengan satu cucian je tapi kene berkali kali, so sama macam buat jahat, taubat, buat jahat, taubat, makin lama makin kita akan rasa pudar sifat jahat tu. Lebih baik kita buat taubat berkali kali daripada sekali seumur hidup. Sebab kita taktau bila kita mati' explanation yang makin jelas dan masuk akal.

'Patutlah dalam buku ni dia cakap, Rasulullah buat taubat 100kali sehari, tu Rasulullah kot. Bukan ke dia maksum?!' rujuk aku pada buku di tangan.

'Yelah. Maksudnya, Rasulullah buat tu dengan harapan umat dia akan buat satu kali sehari atau lebih. Kalau dia buat sikit mestilah umat dia buat lagi kurang dari tu, thats why dia buat banyak' sambil senyum Yaya berkata.

SubhanaAllah. 

...

Spending time dengan bestfriend tu best tautak?!


Percayalah cakap aku, pergi mana mana pun tapi kalau dengan bestfriend kau, seronok dia lain macam.

Alhamdulillah selamat atas bawah.










Pada mereka, terima kasih kerana sudi terima dan bawak aku serta saka aku jalan jalan.

Merajuk pulak dia.


Salam 1st Ramadhan.

Saja, nak ngadu, dia merajuk dengan aku. Lagi. 

Kali ni aku cuba pujuk bebetul,

Aku lemparkan kata kata manis, 

Aku biarkan dia sendirian untuk tenang seketika,

Tapi dia masih merajuk.

Sejujurnya aku tak pandai pujuk.

Apa aku nak buat?

Apa salah aku?

Kenapa jadi rumit hubungan ni?





Hmmmm





Kepada awak, saya mintak maaf saya tak pandai nak pujuk. Bulan puasa ni tak baik merajuk lelama. Kembali lah. Saya banyak kerja tertangguh sekarang ni. Saya bebetul buntu. Awak takde macamana kerja saya nak jalan? Awak asyik buffering je. Apa salah saya? Apa apa pun, saya mintak maaf, kembalilah kepada normal, wahai laptop. 


Aku dah cakap dorang ni ada penyakit otak cacat kau tak percaya







Konklusinya , jangan suruh adik beradik kau tolong pegangkan camera untuk dijadikan cermin. 


Duniawi punya pasal


Jam menunjukkan 7:47pm semasa aku menaip.

Masih belum menunaikan solat maghrib

Ahhh biarlah dulu, baru lagi masuk waktu

Ahhh blog aku lagi penting dari solat

Ahhh sikit je dosa melambat lambat kan waktu solat tu

Ahhh

Ahhhhhh

Ahhhhhhhh

PAP! Tuhan amik roh dari jasad kau waktu tu jugak.

Kbye.



Entry paling buang tebiat


'You tau tak kenapa I tanam bunga rose ni semua dekat laman rumah kita?'

'Kenapa?'

'Sebab I boleh bagi bunga ni dekat You setiap pagi'






ZUL ARIFFIN CAN YOU NOT?!??!

hahahahahaha mai gelakkan aku

JIJIK!!!

Wujudnya benda benda random mcmni semua bila aku serabut. Ubat dia, diam.


Aku pun taktau aku nak apa dalam hidup aku

Semua benda aku rasa semak sekarang ni

Serabut.


                         ****************


Aku buat blog ni dulu pada asalnya trend

Tu dulu. Zaman myspace. Zaman bebudak. Zaman nak impress orang.

Tapi skrg, ini medan aku berperang dengan ayat ayat, 

Tempat aku lepak bila ada masalah, walaupun tak semua,

Ruang yang aku assume takde siapa baca.

Sebab kuasa tulisan lebih power dari kuasa lisan, buktinya, boifren kau ngurat kau mesti thru text yang makan dalam deep sangat sampai boleh buat kau kencing manis kan?


                          ***************


Semalam aku buat cookies.

Harini habis.

Mungkin banyak jin lapar dalam rumah aku.


                          *************


Boleh tak jangan semak hal aku?!

Kalau aku ada masalah boleh tak jangan tanya?

Kalau aku nak cerita maknanya kau kene rasa bertuah

Dan yang penting kau kene bagi semangat


                         ***************


Aku benci orang paksa aku!

Aku pun tak suka paksa orang

Simple tapi bodoh susah kau nak paham apahal?!


                          *************


Dulu masa dekat kolej aku ingat lagi ada sorang kawan aku ni dia jenis sabar

Dia sanggup tunggu kawan aku terhegeh hegeh siap pakai makeup 

Dan sampai sekarang aku masih cuba jadi macam dia

Yang best part, kita sanggup tunggu orang tapi orang lain 5 minit pun tak sanggup tunggu kita

Best kan?


                            ************


Babi serabut.

Semua salah babi

Apahal tah


                          *************


He still loves her.

Tapi, kau masih aku anggap bodoh. 

And bodoh is almost always all i have to say.

Antara abang abang aku, kau yang paling bodoh.


                          **************

Maaf.

Zzz

Oh my Subuh.


Sejak aku cuti sem, rutin tidur aku semakin terumbang ambing

Senang cerita lepas subuh aku tidur tengahari baru bangun.

So basically, aku akan dengar, sambil pura pura tidur ibu atau abah kejut adik adik aku 'Nadra, bangun, sekolah, nanti kejutkan Asyraaf' atau kejut aku 'Fy, bangun, subuh' almost everyday.

Abah, biasanya, akan check aku dah bangun untuk subuh ataupun belum, 

Sebab aku paling susah nak bangun dalam rumah ni, 

Sebab aku kenkadang akan tidur balik semula bila dah kejut, well literally i always,

And sebab aku punya ye-dah-bangun tak boleh percaya.

So one day, masa aku tengah solat subuh, ibu bukak pintu untuk make sure. 

Dan hati aku yang hitam terdetik, perlu ke check aku dah solat ke belum? Tak boleh ke percaya je? Aku dah besar kot. 

Then, few days later, aku menyuarakan "ketidakpuashatian" aku, its that even a word? 

'...takpayah de nak check orang dah solat ke belum. Takleh ke percaya je'

'Mestilah, mana tau tidur balik ke'

Dan abah juga menyampuk 'Fy, dosa afy abah yang tanggung tautak'

'Ala tak payah de. Afy dah besar dah 20 dah tau dah bangun sendiri'

The next day, subuh aku ke laut. And so on.

Right.

Perfect.

Fix it yourself, Fy. 

Biasa bila tiada


Sudah berusia 3hari.

Dan masih begitu.


Follow the flow


Ungkapan cliche yang kebanyakkannya mereka yang manglish guna. Well, hate to admit, aku pun.

Tadi, aku buka mini dictionary aku. Saja, revise untuk melihat kebodohan sendiri.

Then, i found satu quotation which make me froze, sikit lagi nak frozen, wth.

"only dead fish follow the flow"

Yes sebagai sorang hamba Allah yang pelupa lagi entah apa apa ini, i totally forgot where and from whom i got that

Obviously it says you have to do something to make things change.

And i couldn't think anything else,

"Lose your weight. Burn that fats. "

But i need pizza.

Sure, you can have that pizza since you follow the flow isn't it?


Bila I got no semangat


So basically, erm, today, haih, my result tak mencapai target, hmph

Roh semangat hilang serta merta

I don't feel like doing anything today tho

Haih

Hmmm

Killing me, literally!!

Heads up!


Basically it was a game 

Its an app, and i would called it as a sensation game which is from Ellen, my most favourite host tv programme

Thanks to Ellen (be kind to one and another)

And tonight i played it with my family

It was so fun and hilarious!

Well, i have to admit it is one of my best family session 

I even recorded my brother's expression when he trying really hard to explain to me what the animals looks like 

So there is one animal i remembered he said '...yg kembang kembang' while his hand curvy like a snake

I did said snake. He said no

And the answer was a Cobra

And i was like 'eyy kembang kembang kan hidung kau kang!'






So yah, Welcome to my retarded family

Rumit.


Aku tengah ada masalah ni.

Nak tau?

Masalahnya ialah , what to wear?

Dan kalau ada orang tanya aku 'susah tak jadi perempuan?'

Aku akan jawab dengan yakinnya 'susah'

Kerana apa? 

Kerana kau akan berdepan dengan , what to wear?

Ahhhh tertekannya aku sekarang ni.

Sebab aku rasa banyak perkara yang menghantui diri aku.

Menghantui sampai termimpi mimpi

Dalam mimpi tu ada orang tanya aku , what to wear?

Pernah aku cari jalan penyelesaiannya

Ternyata otak aku bergeliga dan aku jumpa.

Solusinya ialah dengan buy

Tapi.

Dia bersama kembar dia

Kembar dia bernama , what to buy?






Cilaka.


Dengki


Sumpah aku katakan begitu banyak anasir anasir jahat dalam otak aku waktu ini 

Ingin saja aku hamburkan kata kata kesat memaki hamun

Mahu saja aku larikan diri

Tetapi memikirkan kebaikannya melebihi dari segalanya,

Adilkah?

Adilkah menjaja aibnya?

Adilkah menghukum manusia sedangkan kau juga hina sehina aku memandang bantal peluk aku?

Proses mengurangkan sifat dengki dan mengata tu susah tautak?

Apatah lagi bila sudah sebati dalam diri.

Semoga tuhan ampuni aku. Amin

I'm using the gebu-mengalahkan-matgebu punya recepi. So i think its kinda perfect tho


I just don't want to give up ok.

And it turns pretty sexy! Haha.


'Tapi tak boleh lawan rasa Kakfy punya cookies...' kata Acap sambil sumbat muffin ke mulut.

I'll take that as a compliment

Walaupun rasa mcm nak ketuk kepala dia muffins dgn cookies sah sah lah jauh beza



Resepi mengarut yang membawa ke jalan mengarut. InsyaAllah mengarut.


Tadi, dengan berkat keyakinan yang terlampau aku gagahkan diri baking muffin buat kali petama.

Berbekalkan resepi yang sangat lah mudah, apalagi, hakak pun try leee.

10minutes in the oven it turns pretty well cun melecun baq hang

Gebu dan mengembang cantik macam lemak lemak di badan hakak.

But then, dia jadi gini 




Kau rasa?

Nonsense! 

Bodoh bebal kau ni.



Sekali dulu kau cakap aku fikir kau main main.

Kali ni kau cakap lagi

Mungkin kau serious.

Tapi aku masih fikirnya main main

Sebab KAU KAWAN BAIK AKU BANGANG!!!

You ruined the friendship between us,literally.

Bukan sekali.

You might lost me, again.






BODOH.



I am busy


Oh i've been busy lately

Busy doing what?

Doing nothing.

Alhamdulillah!


Kau dalam pergelutan masalah

Kau berdoa.

Berpusu pusu masalah timpa kau

Sampai kau menangis mereput dalam toilet tersedu sedu

Sampai kau pening kepala

Sampai kau demam

Kau masih berdoa.

Tuhan makbulkan doa kau sbb memang sifat Dia, Maha Penyayang.

Dan

Pesan aku, jangan berhenti berdoa.










Dulu, kawan aku pernah ajar amalkan sujud syukur lepas solat.


Manusia dengan merungut chemistry dia kuat lain maciam lepastu title entry tak boleh nak lagi panjang lepastu dah macam takde fullstop lepastu k dah jumpa fullstop haa ni dia . . .


Kau tahu tak perasaan aku sekarang mcmana? 

Sah sah tak sbb kau bukan tuhan.

Meh aku bilang sama kauorang. 

Kau faham tak perasaan tgk parents datang, dalam kereta, sambil waving semangat gila dekat anak dorang yang tengah tunggu dekat satu corner with all those bags? 

Kau tau tak betapa kuatnya volume lagu aku untuk lawan suara suara sumbang jerit 'hoooray merdeka aaaaa'?

Kau pernah alami tak mata dah macam nak terkeluar dari tempatnya sebab banyak sangat menjuling tengok wingmate packing their things and buat clearance?

Kau dapat bayangkan tak perasaan kau bila kau baru nak start paper yang core subject dan orang lain dah balik yang siap tinggalkan pakej ayat 'ada paper lagi ke bro?' bersama senyuman sinis? 

Kau rasa? 






Takpe lah. Kau simpan jelah kau punya rasa tu. Tanak tau. 

So long, instagram.


Few days ago, i really want to shut down my instagram. So bad. 

Instagram is like part of my social life.

Everything to me, i might add.

I don't know why. 

I don't know why so sudden i felt annoyed with all those people, comments, and etc.

I don't know why i hate when i was too picky to pick which picture with all those filters looks better 

I don't know why that excitement to upload and share pictures had gone. 

I don't know why i felt i just too tired to entertain people. 

Where those feelings came from?

No idea. 

Since i left my laptop i postponed my "niat" for like 5 days i guess

Soooo today it was officially closed.

Have no regret at all. For now only, i supposed.

Future, can't really tell hehe!

And this was taken the other day. Untuk kenangan, katanya. 




 

Akak serabut


Pernah tak rasa serabut tu mcmana?

Kalau nak tau aku bukan setakat rasa malah selalu.

Selalu.

Ergh. 

For copy-thehell-cat


Tolong jangan amik ciptaan aku. 

Ini.

Ruang ini.





Ciptaan aku!

Berambus! 


Kekonpiusan


Today it was nothing special.

Its just a movie.

But, it ended up pretty decent compared to the last time.

And

Hm

But then again, you keep me hanging likeeeeeee dehel doh




Confused.

Kau sangka benar.


Kau percaya dia. 

Kisah hidup dia
 
Favourite dia

Segala galanya , kau percaya.

Macamana satu hari kau dapat tau yg semua nya penipuan?

Kau rasa mcmana kau react masa tu?

Dapat bayangkan?





Nasihat aku, dengar boleh percaya jangan. 


Ini nama dia kawan.


Semalam aku serabut.

I need support. I need someone to give me advise and tell what to do or not or whatever.

All i know is, i need someone.

Lead me to F who full of advise.

Such a good friend. 

He called me.

'Weh, kenapa ni?

'Entahhhh ... Serabut aku ni hm apa yg aku boleh buat selain solat selain doa bagi hati aku tenang?!'

'Astagfirullah. Hm kau duduk tempat yg tenang kau tutup mata kau bayangkan kalimah Allah dan Muhammad. Kau doa urut dada kata "yaAllah tenangkan hati aku sebagaimana kau tenangkan hati orang orang yg tenang" insyaAllah tenang. Cuba.'

'Hm okay aku boleh buat! Thank you. Kan best kalau ada orang mcm kau keliling aku. Boleh bagi nasihat tegur aku kalau salah itu ini hm'

'Eh dulu aku ada mcm takde..'

'...'



Quit.


Kita, memang tak boleh pergi. 

Aku rasa.

Awkward.

Sangat awkward.

Terlalu awkward.

Maka, selamat tinggal. 

As usual, fy. As usual. 


Penangan final.


Sudah hampir separuh mati.

Tapi masih bertahan disebabkan banyak yang menanti.

Kalau aku mati,

Hm kenduri arwah jangan lupa hadirkan diri.





Doa : Tolong hati tolong badan, bertahan. Amin.  

Thiz iz me toking wendemli if yu andewcheten


YaAllah apa teghuk nau ghupe aku pagi ni hmmm

But come to think, bila je rupa aku tak teruk? Haha!

Masa jumpa boyfriend. Kot. 

Eh lupa takde boyfriend hahahahahahahahahahambar!!!


Ps : Memang jenis mudah terhibur
Pss : Entry gampang
Pss : Maaf
Psss : Excuse my gedikness-title tho
Pssss : Banyak gilaaaaa ps engko
Psssss : Ok last ok bye


Bff appreciation





Masih , alhamdulillah.

Berita ganjil


Moment bila kau dapat text 

'Fy, i need you. :'( sangat.'

Risau membuak.

Sejurus class tamat , aku call dia.

Berita sejam lepas dan otak aku masih belum dapat cerna dan hadam dengan baik. 

Dari tadi aku dok ulang 'telinga aku salah dengar kot taik banyak ni'

Entah.

Badik badik


Barusan habis menghamparkan telinga untuk cerita cerita sang dinda yang keliru akan perasaan nya sendiri.

Intonasi nya , gembira. 

Nak apa lagi? 






For you :

No matter what you do , remember that I am your sister and i will always with you. 

Always, I promise. 


Masih aku.

Kalau kau kata aku berubah,

Probably not.

Maybe kau je yg tak cukup kenal aku. 


Hati konkrit

'Kau ok tak?'

'Hm ok. Jangan risau. Hati aku konkrit'


Soalan tiada jawapan


Asal orang lain senang je kau lari tapi dia tak? 


....


Overthinking


Aku pandang sisi kiri aku.

Dia yang sedang leka menonton Kingsman, tak berkutik.

Cis, tahu lah movie peberet sampai sanggup heret aku tengah malam menonton wayang.

Lagi suku minit movie tamat , *Ringtone Bitter Heart - Zee Avi*

Aku lihat nama yang tertera, riak muka biasa. Mungkin sudah biasa dengan pemanggil yang sering juga call aku tak kira masa.

"hello, ye?"

"...uhuk uhuk.." si pemanggil yang sedang menangis.

Aku mula cemas.

"Eh S kau kenapa ni?" kata aku sambil pandang dia yang di sisi kiri yang aku rasa mula menunjukkan riak tak senang

Aku tahu dia nampak nama yang tertera di skrin phone aku.

"..fy, .... entah lah .. uhuk uhuk..." itu sahaja yang dapat aku tangkap selebihnya esakkan.

Sudah lah seat paling hadapan, aku jadi tidak selesa hendak berbual lanjut.

Aku beritahu dia aku mahu keluar dari situ dan aku sepantas kilat menyelinap ke tandas perempuan.




Aku picit punat call , "Hello, weh, kau ok tak? Kenapa ni? Jangan lah nangis sedih aku dengar."

Dan selebihnya sesi luahan perasaan dan segala masalah yang terbuku dihatinya.

Beberapa minit sudah, rupanya S punya masalah dengan roomate nya, fuhhh, lebih dramatic, aku rasa.

Aku kembali ke panggung setelah selesai atau sebenarnya kredit aku habis

Cilaka. Aku fikir kan aku masih punya baki call free.




Untung movie sudah menghujung.

"Sorry tadi" aku bisik ke dia yang aku rasa pura pura menonton.

"hm takpe" tanpa pandang aku.

Ok.




"Ni kenapa ni? Dari tadi senyap je." sesudah dalam kereta aku bertanya sebabkan pelik melihat dia diam.

"Takde apa."

Ok.

Susah nak faham orang mcmni.

Bukak twitter dan whatsapp lain pula cakapnya.

Aku dan overthinking memang tak dapat dipisahkan.

Dia ni jealous kepe, tapi ....

Takkan lah.




Action speaks louder than words, anyway.


Kalau kau baca , ini untuk kau (part IV)


Day 13.

Aku tak sangka aku punya kekuatan sebegitu banyak untuk berjumpa dengan kau.

Aku mengaku aku ego kerana tak berusaha lebih untuk berbaik dengan kau

Mungkin aku terlalu berfikiran negatif.

Our conversation was fully filled ... erm ... only tears, basically. 

'Babe sorry sangat I takde masa you susah. I nak ada masa you senang. Masa you susah. I mintak sorry jugak jadi kan beban semua ni. You nak fikir problem you. Fikir I lagi. Sorry tau' sambil pegang tangan dia, aku yang burst into tears.

Crying. 'You tak salah apa pun. I tau you terasa dengan I. Tapi mcm mcm benda jadi two weeks ni. I want to apologize dekat you jumpa you tapi...I takut I cerita dekat you masalah I. And I tanak. You pernah ke takde kalau I susah? I appreciate sgt benda tu tapi I tanak cerita dekat sesiapa kali ni. huh. Serabut lah fy'

And the rest are history, I might add. 

Aku bukan kawan yang baik. Aku tahu.

Kalau lah aku Tuhan yang tahu segalanya aku mungkin tak pertahankan ego aku. 


....



Final episode for 'kalau kau baca, ini untuk kau' . 

Kau yang pemberi inspirasi, Terima kasih. 


Mati lah kau.


'Fy. Semalam aku mimpi do'

'Mimpi apa?'

'Aku mimpi kau meninggal. Aku nangis dalam mimpi tu' 

'Astagfirullah'

'Panjang umur kau fy maknanya tu. Takpelah, jaga diri! Bye.'





Tuhan kata , "Jadi maka jadilah"


Kalau kau baca , ini untuk kau. (part III)


Day 8.


Dari jauh aku terpandang susuk tubuh yang sangat aku kenal.

Bukan yang aku benci

Bukan yang aku iri

Bukan juga yang aku dengki

Tapi yang aku rindu.

Aku tau kau nampak aku. Aku tau.

Tapi benda paling babi jangan kan nak bertegur buat buat buta pula aku dekat situ.



Takpelah, aku maafkan.

Eh belum habis. Aku cuma nak tanya, kenapa kita jadi mcmni?

Thank God


Memang tuhan tu adil.

Pergi sorang Dia gantikan lebih dari tu.



Kalau kau baca , ini untuk kau. (part II)


Day 3.


I'd knocked your door

No one answer.

Its locked.

But i know you're in there.

Why?

Why you don't at least gave me a text?

Why you don't picked up my call?

I feel like screaming right now because i don't have anyone to talk to.

Where are you?

You're supposed to be my best friend , right?



Kalau kau baca , ini untuk kau.


Aku tak suka nak paksa orang.

Apatah lagi nak memaksa orang.

Kalau tanak cakap tanak and thats it. Thats up for debate then. 

Tak payah nak buat muka terpaksa tu , ingat cantik?

Tak payah nak susahkan diri tak bukak whatsapp , ingat aku buta?

Tak payah nak tipu ada kerja itu ini , ingat aku bodoh?

Tapi aku memang bodoh.

Bodoh sebab cuba jadi kawan yang terbaik pernah kau ada.

Bodoh sebab tak nampak yang sebenarnya kau rimas dengan aku.

Bodoh sebab tak paham yang kau tak perlukan aku pun.

Bodoh.

Cukup bodoh. 




Aku penat. In case you need me , you know where to find me kan?


Baju kelabu.


"Korang nak makan mana?" kata aku sambil pandang N dan Y, classmates, kemudian berpaling pula ke abang yang sedang tebar roti canai di cafe depan mata.

Sememangnya niat di hati kepingin mahu roti canai yang kuah memang win gila tu. Tapi since i am on diet so, so long roti canai!

"Nak pergi ifc lah nak makan nasi kukus" kata Y.

Aku dengan N okay je.

Gerak.

Barusan menapak beberapa langkah dari cafe,
"Eh bro. Tiba tiba ada sebelah haha" kata N sambil salam dia  yang muncul jalan seiringan sebelah N.

"Baru je. hehe. Hi :)" kata dia.

Y pusing untuk melihat gerangan dia. Melahirkan muka toya. Dan pusing depan kembali.

"Eh pandang pulak. haha" kata dia sambil pandang N.

"Haa tulah. Ada mata dekat belakang kepala dia tu. haha" gelak N.

Aku turut gelak sambil pandang dia. Kemudian pusing kembali. Segan. Dalam hati 'handsome. sama tinggi. tough. kemaja merah'

Beberapa saat otak bekerja, suddenly i was like, mamat ni nak ngorat Y ke? Seriously? Dan N relax je?! What theeeee

Aku pandang N penuh makna. Senyum penuh makna. N angkat kening maksud kenapa? Aku geleng kepala. Dalam hati 'Mamat tu nak ngorat gf kau bro'. Dan harapan dia nak paham.

Saat berpecah arah dengan dia,

"Okay bro, bye" kata dia sambil salam N.

"Bye baju kelabu" dalam nada yang pelahan sambil lalu belakang aku.

Aku dengar N gelak. Aku lagak biasa pandang depan.

Otak aku masih mencerna kata kata dia.

Aku pandang N. Biasa. No expression.

Aku pandang Y yang dah jauh beberapa tapak ke depan. Lapar benar lagaknya.

Dalam hati , 'Y pakai baju purple, tudung hitam, seluar cekelet pekat. It means no baju kelabu'

Aku tunduk ingin  melihat ...




Mood



"A smile is the best makeup any girl can wear"

Tapi , AKU TAK HAPPY! 

I don't need your bullshits. Idc

Dulu , medan ini aku hamparkan dengan cerita cerita "makcik jemah-ajak-gosip-tepi-tingkap" , secara keseluruhannya.

Dulu , aku terlalu menginginkan pembaca pembaca merasa seronok dengan "sense of humor hambar" aku. 

Dulu , di sini , semua nya belatar belakangkan kod kod yang berjenis separuh mati mahu mencarinya.

That was back then.

Now (like a month ago) i'm totally changing the whole version of my blog.

Because i don't care.

I don't care if my story issit deep enough or not

I don't care how many readers or followers would like to read all my stupid thoughts

I don't care how my blog looks like

I'm honestly don't care at all.

Then tell me why would i have the comments box? Why would i?!


Every-second-thoughts



Lemak sana sini , benci !!

Fahamak?!

Ala kejap je tu

'Sumpah aku tak kan cari kau. I can survive on my own. I dont need you at all. Bila kau susah aku tolong sehabis mungkin. Apa je yang aku tak buat untuk kau? Bila aku susah? Aku call kau tak angkat aku whatsapp kau tak reply. Bukan sekali tapi banyak kali. Kau susah aku on the spot tolong. Buat apa nk hargai org yg tak pernah nak hargai aku?!' 
Kata kata first day.

'Babe tgk ni!!'
Kata kata esok hari.

Memang jenis aku mcmtu sbb aku sayang. 


Bila dah susah baru cari


Payah bila punya kawan yang waktu kita susah ghaib begitu sahaja

Nak marah tak sampai hati sayang punya pasal

Tapi macam tau tau pulak tu waktu kita tengah perlukan bantuan dia.

Takpelah , aku maafkan. 

Keluarga jugak aku cari.

Keluarga yang bila kau senang kau lupakan

Keluarga yang selalu jadi mesin atm kau

Keluarga yang kau rasa tak best compare dengan orang lain

Busuk busuk tu pun jugak kau cari.

Tapi dah nama pun keluarga, kau haram macamana pun diterima jugak. 

Cerita seorang lelaki.


Dulu aku berusaha 

Dulu aku mencari

Ditinggalkan tanpa apa apa pesan

Pertaruhan buat pertama kalinya, gagal.

Datang malaikat bernama "kawan" yang pandai menenangkan perasaan

Entah bagaimana rasa ... lain

Lain sehingga membuat pertaruhan kedua

Sangkut. Dapat. Berjaya.

Akhirnya happy ending mcm cerita cliche melayu.

Faktanya , manusia yang menjadi pertaruhan pertama merupakan kawan baik kepada manusia yang kedua

Bila melihat kebaikan aku 

Betapa kelakarnya aku

Betapa jujurnya aku

Betapa sweetnya aku

Sejujurnya sebagai lelaki aku dapat rasakan pertama cemburu dan menyesal.

Masakan tidak , kedua dua manusia itu berkawan baik! 

Pengajarannya , tak kenal maka tak tahu. 





Admin : Aku lah perempuan pertama tu 

Bye.

Padahal aku boleh tolong!


'Salam fify. Aku nk mintak tolong ni'

'Wsalam. Haa apanya? Cpt sikit aku busy ni'
Malas nk layan. Masa ni aku tgh dok layan whatsapp customer yg berduyun duyun. 

'Weh aku nk pinjam duit sikit doh. Urgent ni. Nk amik akak aku dkt Melaka dia nk balik naik kereta sbb barang banyak'

Read tapi aku tak reply sbb aku rasa alaa mesti dia tipu aku ni. Aku reply whatsapp customer smp habis dulu

'Tipu kan? Malas ah nk layan kau'

'YaAllah tipu apa pulak ni. Aku mmg bebetul nk pinjam duit kau ni. Boleh tak fify?'

'Berapa kau nk pakai?'

'Aku nk rm50 je tapi aku tak paksa fy sbb kau pun tgh berbisnes kan'

'Hm kalau nak skrg mmg serious aku tak dpt tolong sorry sgt tapi kalau esok lusa baru duit bisnes masuk baru boleh'

Padahal aku punya duit lebih dari mampu utk bagi dia pinjam. Saja malas nk bagi sbb aku rasa dia tipu. 

'Ok takpe. Aku faham fify'

'Kau nk duit tu bila?'
Saja tanya konon nk tunjuk concern.

Sementara tunggu dia reply aku whatsapp kawan aku. Curious. Walaupun kiteorg baik tapi bab duit ni mesti kau nk mintak dgn kawan yg kau lebih rapat. Yaa you know what i mean. 

'Dia ada nk pinjam duit dgn kau jugak ke?'

'Ada fy tapi aku tak dpt nk tolong dia. Aku sendiri takde duit. Family dia tgh susah skrg ni' 

'Yeke? Asal dia mintak dkt kita weh? Kengkawan dia yg lain mana?'

'Dia mintak dah dkt yg lain tapi majoriti maybe tak dpt nk tolong dia. Sekelip mata je tuhan tarik kemewahan dia. Kita kawan dia kene bagi semangat dkt dia. Ayah dia msk hosp dia pulak dah dismiss hm sian dia'

Terkesan.

Ya Allah how selfish i am! 

Kenapa kau boleh spent beratus utk benda tak berfaedah but not your friend who desperately in need?

Padahal kau boleh tolong dia!

Kenapa kau ckp tak boleh pada kawan yg selalu tolong kau masa study? 

Padahal kau boleh tolong dia!

Kenapa kau ckp tak pada kawan yg susah payah buat prank masa birthday kau utk bagi kau happy masa haritu?

Padahal kau boleh tolong dia!

Aku bukak balik whatsapp dia and the rest are history. 





Because i can




Tittle entry yg paling cliche every new year which is, Azam. Ya, too long. Yah bcs its cliche dhaa


Well its 2015 already. How time flies so fast! Its feel like "baru-je-semalam" im wishing happy 2014 haha

Oh and it means im turning twenty years old!

Omgosh *cubit pipi* ok sakit

Totally not dreaming. Blergh. I just turns 19 about 20 days ago , well , technically. Hm.

Anyway why bother?!

Seriously until now i still cant figure what exactly my intention to make on this year. Idk dude. Maybe lose some weight stop eating junk foods be fits targeting deans list every semester and pray to Allah more often. Hmmm hehe well that was all actually my daily-goals. But of course too many excuses so still working on it huh well..

But then again i think i should deal with what i have instead of adding a new intention that probably akan tinggal harapan jea. So i was thinking why not just put some improvement that would make things better , kan? InsyaAllah.

So .... yeah
Happy New Year ! :)