Overthinking


Aku pandang sisi kiri aku.

Dia yang sedang leka menonton Kingsman, tak berkutik.

Cis, tahu lah movie peberet sampai sanggup heret aku tengah malam menonton wayang.

Lagi suku minit movie tamat , *Ringtone Bitter Heart - Zee Avi*

Aku lihat nama yang tertera, riak muka biasa. Mungkin sudah biasa dengan pemanggil yang sering juga call aku tak kira masa.

"hello, ye?"

"...uhuk uhuk.." si pemanggil yang sedang menangis.

Aku mula cemas.

"Eh S kau kenapa ni?" kata aku sambil pandang dia yang di sisi kiri yang aku rasa mula menunjukkan riak tak senang

Aku tahu dia nampak nama yang tertera di skrin phone aku.

"..fy, .... entah lah .. uhuk uhuk..." itu sahaja yang dapat aku tangkap selebihnya esakkan.

Sudah lah seat paling hadapan, aku jadi tidak selesa hendak berbual lanjut.

Aku beritahu dia aku mahu keluar dari situ dan aku sepantas kilat menyelinap ke tandas perempuan.




Aku picit punat call , "Hello, weh, kau ok tak? Kenapa ni? Jangan lah nangis sedih aku dengar."

Dan selebihnya sesi luahan perasaan dan segala masalah yang terbuku dihatinya.

Beberapa minit sudah, rupanya S punya masalah dengan roomate nya, fuhhh, lebih dramatic, aku rasa.

Aku kembali ke panggung setelah selesai atau sebenarnya kredit aku habis

Cilaka. Aku fikir kan aku masih punya baki call free.




Untung movie sudah menghujung.

"Sorry tadi" aku bisik ke dia yang aku rasa pura pura menonton.

"hm takpe" tanpa pandang aku.

Ok.




"Ni kenapa ni? Dari tadi senyap je." sesudah dalam kereta aku bertanya sebabkan pelik melihat dia diam.

"Takde apa."

Ok.

Susah nak faham orang mcmni.

Bukak twitter dan whatsapp lain pula cakapnya.

Aku dan overthinking memang tak dapat dipisahkan.

Dia ni jealous kepe, tapi ....

Takkan lah.




Action speaks louder than words, anyway.